Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau kini dalam keadaan stabil selepas selesai menjalani pembedahan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS).
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Pencetus Ummah (PU) Amin memuat naik petikan mesej daripada anaknya memaklumkan bapanya Shamsul atau nama lengkapnya, Shamsul Azahar Aliddin, 57, kini dalam keadaan stabil.

Sebelum ini, industri hiburan dikejutkan dengan berita berhubung Shamsul Ghau Ghau yang dikejarkan ke hospital akibat mengalami strok dan pendarahan beku di bahagian otak sebelah kiri.
@xtra_my Pelakon dan pelawak terkenal, Shamsul Ghau Ghau, kini sedang menerima rawatan di hospital selepas disahkan mengalami darah beku di otak. Difahamkan, beliau memerlukan pembedahan dan bantuan kewangan bagi menampung kos rawatan. Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan dan doa buat Shamsul diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung. Semoga beliau diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. 🤲 #fyp #xtramy #shamsulghaughau #darahbeku #bedah
Isterinya, Sharifah Azrinah Syed Ibrahim turut memaklumkan kos fasa pertama pembedahan tersebut mencecah kira-kira RM25,000.
Jumlah tersebut dijangka akan meningkat bergantung kepada keperluan rawaran dan proses pemulihan pelawak tersebut.
Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan terus ke akaun Maybank 164593018683 atas nama Syarifah Azrinah Syed Ibrahim.






