Seludup 1,380 liter petrol, 4 lelaki ditahan

Seludup 1,380 liter petrol, 4 lelaki ditahan



nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Empat lelaki yang dipercayai cuba menyeludup 1,380 liter petrol dan pelbagai barangan runcit ditahan di tiga lokasi berasingan di Pasir Mas dan Tumpat semalam.

Kesemua mereka berusia antara 23 hingga 43 yang juga penduduk tempatan dipercayai mahu menyeludup barangan berkenaan ke Thailand.

Suspek ditahan di Kampung Pulau Ular dan Kampung Simpangan, Tumpat serta Taman Sri Naim, Pasir Mas.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata kesemua suspek ditahan Batalion 3 dan Batalion 7 menerusi Op Taring Wawasan bermula jam 8.30 pagi hingga 8.30 malam.

Katanya, hasil tangkapan berkenaan pihaknya merampas 1,380 liter petrol, empat kenderaan termasuk pacuan empat roda serta pelbagai barangan runcit.

“Nilai rampasan keseluruhan lebih RM60,000 dan barang rampasan diserahkan kepada Komtak Pengkalan Kubor dan Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983 dan Seksyen 21 Akta Bekalan 1961,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top