Seluruh England: Impian suku akhir ‘DinFei’ lebur

Seluruh England: Impian suku akhir ‘DinFei’ lebur


Nur Izzuddin (kiri) dan Sze Fei gagal mara ke suku akhir Seluruh England setelah tewas kepada pasangan Korea Selatan pada awal pagi Jumaat. Foto Agensi.

IMPIAN beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei untuk mara lebih jauh dalam saingan kejohanan badminton berstatus Super 1000 Seluruh England 2025 tidak kesampaian.

Ia selepas gandingan nombor dua dunia itu tumpas mengejut kepada pasangan yang baru digandingkan, Kim Won-ho dan Seo Seung-jae pada aksi pusingan kedua di Utilita Arena, Birmingham sebentar tadi.

Biarpun gandingan negara mendominasi permainan dalam saingan awal, namun pasangan Korea Selatan itu bangkit untuk menang 21-16 pada set pertama.

Nur Izzuddin-Sze Fei cuba mengubah rentak permainan, namun ia tidak menjadi apabila terpaksa akur tewas 13-21 dalam perlawanan ulangan selama 36 minit itu.

Januari lalu kedua-dua pasangan itu pernah bertemu dalam aksi final Terbuka India.

Dalam saingan akhir tersebut, keputusan berpihak kepada Nur Izzuddin-Sze Fei yang muncul juara menerusi kemenangan 21-15, 13-21, 21-16.



Source link

OR

Scroll to Top