Seluruh England: Kempen wakil negara berakhir

Seluruh England: Kempen wakil negara berakhir



saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perjuangan barisan pemain negara di kejohanan badminton Seluruh England berakhir selepas dua wakil terakhir negara iaitu beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai serta beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah kandas di suku akhir, hari ini.

Soon Huat-Shevon yang diletakkan selaku pilihan pertama kejohanan berprestij itu tewas 21-18, 8-21, 10-21 di tangan gandingan China, Jiang Zhen Bang-Huang Dong Ping dalam tempoh 45 minit.

Selepas mempamer aksi cemerlang pada set pertama, Soon Huat-Shevon bagaimanapun tidak dapat meneruskan aksi konsisten itu apabila tewas mudah di set kedua dan penentuan.

Sementara itu, Pearly-Thinaah tumbang 17-21, 19-21 kepada pilihan ketiga dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam tempoh 41 minit.

Lawan mereka itu sememangnya menjadi badi untuk Pearly-Thinaah yang hanya menang satu daripada 13 pertemuan antara mereka.

Bagaimanapun pujian wajar diberikan kepada Pearly yang tetap berhempas pulas cuba mempamer aksi terbaik hari ini selepas mengalami kecederaan di buku lali kiri kerana tersalah mendarat di pertengahan set kedua pada pusingan kedua, semalam.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top