Seluruh skuad wajar ambil tanggungjawab – Subahan

Seluruh skuad wajar ambil tanggungjawab – Subahan


Imbas kembali… Skuad hoki negara ketika mengalas cabaran dalam saingan Piala Negara-Negara baru-baru ini. Foto: Konfederasi Hoki Malaysia

KEGAGALAN mara ke separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara baru-baru ini tidak wajar diletakkan sepenuhnya ke atas ketua jurulatih skuad lelaki kebangsaan, Sarjit Singh.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, barisan pemain juga perlu mengambil tanggungjawab apabila Malaysia sekadar muncul pasukan keenam terbaik kejohanan tersebut.

Imbas kembali… Skuad hoki negara ketika mengalas cabaran dalam saingan Piala Negara-Negara baru-baru ini.Foto: Konfederasi Hoki Malaysia

Imbas kembali… Skuad hoki negara ketika mengalas cabaran dalam saingan Piala Negara-Negara baru-baru ini.Foto: Konfederasi Hoki Malaysia

“Saya tengok skuad negara di bawah Sarjit boleh menandingi mana-mana pasukan gergasi dunia. Namun masalah ialah mempertahankan kedudukan dan mentaliti pemain,” katanya dalam sidang media di Bukit Jalil pada Isnin.

Kekalahan 3-4 kepada New Zealand di peringkat kumpulan biarpun sudah mendahului 3-0 mengecewakan Subahan kerana beberapa pemain terpaksa meninggalkan padang buat seketika akibat dilayangkan kad.

Beliau berkata, keadaan itu sepatutnya tidak berlaku memandangkan sebahagian besar pemain Speedy Tigers sudah berstatus senior selain memiliki pengalaman luas dalam perlawanan-perlawanan penting.

“Sebagai contoh, kita mendahului 3-0 ketika berdepan New Zealand, tetapi tiba-tiba jadi kelam-kabut kerana ada pemain dilayangkan kad. Bagi saya, memang tak perlu (dapat kad) selaku pemain senior,” katanya.

Imbas kembali… Skuad hoki negara ketika mengalas cabaran dalam saingan Piala Negara-Negara baru-baru ini. FOTO: Malaysian Hockey Confederation

Imbas kembali… Skuad hoki negara ketika mengalas cabaran dalam saingan Piala Negara-Negara baru-baru ini. FOTO: Malaysian Hockey Confederation

Malaysia yang beraksi sebagai tuan rumah terpaksa akur gagal menamatkan saingan dalam kedudukan lima terbaik selepas tewas 1-2 kepada Wales pada aksi penentuan tempat kelima dan keenam.

Subahan turut menegaskan bahawa para pemain senior perlu berperanan membantu kemenangan pasukan, bukannya menjadi punca kepada kekalahan skuad negara.

“Saya sudah jadi presiden (sejak) sembilan tahun lepas dan masih ada pemain-pemain senior yang beraksi. Mereka ini perlu memainkan peranan dan jangan menggadaikan nasib pasukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga berpuas hati dengan prestasi Speedy Tigers sepanjang kejohanan, meskipun kecewa dengan keputusan yang dilakar.



Source link

OR

Scroll to Top