Sejak bergelar Hajah semakin tenang melihat perubahan yang ditunjukkan oleh Ozlynn Wati, isteri tercinta kepada Johan Raja Lawak ini. Bukan hanya penampilan bahkan circle serta rutin harian ibu kepada enam anak ini turut berubah.
Terdahulu, Ozlynn dan Johan merupakan antara 13 pengamal media yang dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.
Mereka berangkat ke tanah suci pada 7 Jun 2024. Mereka turut menyertai beberapa delegasi media yang membuat liputan musim haji tahun ini.
Sertai Kelas Tadabbur Al Quran
Baru-baru ini, pemilik nama penuh Rozlinawaty Ismail ini memuat naik satu hantaran di Instagramnya ketika menyertai kelas tadabbur Al Quran.
Menurut Ozlynn, walaupun belum sihat sepenuhnya namun dia berpeluang menyertai kelas tadabbur Al Quran bersama para sahabat dan rakan-rakan selebriti yang lain.
Dalam hantaran itu, Ozlynn kelihatan sangat manis menyarungkan jubah berwarna putih yang dipadankan dengan selendang pink. Ringkas namun tetap elegan dengan gaya tersendiri.
“Alhamdulillah walaupun belum sihat sepenuhnya tapi diberi keizinanNya untuk join kelas taddabur Al quran.
“Alhamdulillah satu lagi cerita daripada Al quran yang dapat memberi manfaat dan pengajaran dalam kehidupan kita.
“Yang pasti ia bukanlah satu cerita dongeng. Ia adalah cerita nyata yang telah digambarkan dan diterangkan semuanya dalam Alquran.”
BACA JUGA: “Doakan Semoga Saya Peroleh Haji Mabrur” Rezeki Tunai Haji Pada Usia 30 Tahun ELFIRA LOY Luah Syukur
Ozlynn turut meluahkan keterujaannya untuk lebih mendalami dan memahami makna dalam Al Quran.
“Semakin membuak-buak perasaan ingin mendalami Al quran. Untungnya bila khatam Quran sekali faham makna kan? Itulah taddabur Al Quran.”
Peringatan turut dititipkan oleh Ozlynn buat para pengikutnya.
“Sebab itulah Allah bekalkan akal untuk kita berfikir. Jangan pajakkan akal fikiran kita kepada orang lain untuk diri kita.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan rakan artis menzahirkan rasa syukur dan kagum dengan perubahan baru Ozlynn itu.
Mereka turut memberi kata-kata semangat buat Ozlynn agar kekal istiqamah.
“Alhamdulillah biniqmatihi tatimum solehah wahai sahabat taddabur. Teruskan istiqamah tadabbur Al Quran. Kerana Al Quran ada syifa, mueizah dan Hudan. Perjuangkan dan sampaikan walau seayat Uhibukki Fillah.”
“Mmg rasa seronok belajar tadabbur ini, segala pertanyaan akan terjawab dalam tafsir Al Quran.”
Malah, ada yang berterima kepada Ozlynn atas peringatan yang diberikan.
“Mendalami cinta Allah kepada kita adalah satu nikmat. Thank u kakak selalu mengingatkan.”
Semoga Ozlynn kekal istiqamah seterusnya menjadi wanita solehah yang dipandang mulia di sisi Allah, berjiwa kental, memiliki kesabaran yang tinggi serta menjadi anak, isteri dan ibu yang terbaik.
The post “Semakin Membuak-Buak Perasaan Ingin Mendalami Al Quran” OZLYNN Teruja Sertai Kelas Tadabbur Al Quran appeared first on Hijabista.