Pelakon Nabil Mahir mengesahkan dirinya kini sedang menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.
Berita itu dikongsikan sendiri oleh pemilik nama penuh Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 38, menerusi sebuah hantaran di platform Threads.
Menurut Nabil, dia tiba-tiba mengalami simptom termasuk demam, sakit badan, batuk dan selesema.
“Semalam tiba-tiba demam, sakit badan, sakit tekak, batuk dan selesa,” kongsinya.

Artikel lain: Ikmal Amry kongsi berita gembira, bakal timang cahaya mata ketiga
Bimbang dengan keadaan kesihatannya, suami kepada penyanyi Ayda Jebat itu segera mendapatkan pemeriksaan doktor, dan hasil ujian mengesahkan beliau positif Covid-19.

“Pergi jumpa doktor dan saya disahkan Covid-19.
“Semua rancangan terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan. Tak pasti saya dapat dari mana, tapi saya harap semua berada dalam keadaan baik-baik,” tambahnya.
Sumber: Threads nabilmahir






