zhahirah@hmetro.com.my
Kuala Kangsar: Pesta Pelita Panjut sempena malam tujuh likur di Kampung Ribu di sini bukan sekadar cahaya biasa, namun merupakan simbol perpaduan, kreativiti dan semangat generasi muda.
Sambutan dikaitkan dengan Malam Tujuh Likur ini menjadi warisan turun-temurun masyarakat di beberapa kawasan di Malaysia termasuk di Kampung Ribu sejak lebih enam dekad lalu.
Setiap panjut bukan sekadar hiasan tetapi membawa kisah dan jiwa komuniti yang bersatu hati.
Apakah rahsia di sebalik keindahan ini dan bagaimana generasi muda terus memperjuangkan tradisi ini?
© New Straits Times Press (M) Bhd