Semarakkan bola sepak tempatan bersama makanan Malaysia

Semarakkan bola sepak tempatan bersama makanan Malaysia


Daging salai diasap sendiri, kuah lemak dan sambal tumis yang membangkitkan selera menjadikan Santapan Jeram bukan sekadar tempat untuk menikmati kelazatan makanan, malah menjadi pusat pertemuan masyarakat setempat.

Selain itu, mi kari ayam kerang dan nasi goreng daging di Along Curry Station turut menjadi antara hidangan istimewa yang mewarnai dunia kulinari Malaysia.

Kedua-dua restoran yang bermula dari usaha keluarga ini membuktikan bahawa makanan bukan sahaja memenuhi selera tetapi menyatukan komuniti dan menyemarakkan semangat tempatan.

Warisan ibu bapa, impian generasi muda

Santapan Jeram menyediakan lebih 70 lauk-pauk termasuk hidangan istimewa seperti daging salai dan ikan bakar sambal tumis. – FOTO Santapan Jeram

Beroperasi sejak 2008, Santapan Jeram yang terletak di Seremban bermula dari hasil usaha pasangan suami isteri Azhar Abdul Wahab dan Zauyah Othman. Kini, ia diterajui oleh anak mereka, Nur Azleen Azieyanty.

“Cabaran kami pada awalnya adalah memperkenalkan kedai ini kepada pelanggan. Hampir enam bulan kami mengambil masa untuk membina kepercayaan pelanggan terhadap masakan kami,” kata Nur Azleen.

Dengan lebih 70 jenis lauk-pauk, Santapan Jeram menawarkan pelbagai pilihan yang memikat selera di mana daging salai dan ikan bakar mereka menjadi menu paling digemari pelanggan.

“Daging salai kami salai sendiri, segar-segar untuk dimasak. Kuah santan yang pekat, rasa yang sebati, dicampur pula dengan mangga muda memang istimewa.

“Ikan bakar pula mendapat perhatian ramai kerana dibakar dengan sambal tumis dan dihidangkan bersama air asam yang menggiurkan.”

Kerjasama dengan GrabFood pada akhir tahun 2021 ternyata membawa impak yang luar biasa kepada Santapan Jeram.

“Ketika itu ‘food delivery’ sudah banyak dan Grab belum dikenali sebagai penghantar makanan, lebih kepada e-hailing.

“Namun, GrabFood memberi impak yang sangat besar. Kedai saya kini lebih dikenali sehingga ke luar kawasan Seremban termasuk Sendayan dan Kuala Pilah.”

“Jangan dipertimbangkan, terus bekerjasama dengan GrabFood,” serunya kepada peniaga lain.

“Saya menyarankan peniaga untuk menggunakan GrabFood bagi memajukan perniagaan anda. Percayalah, ada ruang dan peluang untuk kembangkan perniagaan anda.”

Dari roti bakar ke ADA KICK™

Shamsul Naham Shariff (kiri) dan suami, Musa Abdul Rahman (kanan) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Mohamad Nizar Najib. – FOTO Along Curry Station

Bermula dengan gerai makan di pasar besar pada tahun 2014, Along Curry Station kini menjadi salah satu tarikan di Kuantan.

“Saya mula berniaga dengan hanya roti bakar dan mi kari,” kata pemilik Along Curry Station, Shamsul Naham Shariff.

“Cabaran utama adalah ruang yang terhad terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Namun, dengan bantuan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), saya akhirnya mendapat gerai makan sendiri.”

Hidangan istimewa mereka iaitu mi kari ayam kerang dan nasi goreng daging berjaya memikat hati pelanggan.

“Kerang segar dan daging yang lembut dalam setiap hidangan itu yang membuatkan pelanggan sentiasa berkunjung,” jelas Shamsul.

“Kami mula bekerjasama dengan GrabFood ketika negara dilanda COVID-19 pada tahun 2020.

“Atas permintaan pelanggan yang tidak dapat keluar, GrabFood membantu Along Curry Station untuk terus dikenali.”

Kerjasama dengan GrabFood amat membantu perniagaannya selain memudahkan pelanggan menikmati hidangan Along Curry Station dan memperkenalkan masakan tradisi Malaysia kepada lebih ramai orang.

“Selain mi kari dan nasi goreng daging, kami juga mempunyai menu istimewa sempena Ramadan,” katanya.

“Dengan GrabFood, hidangan nasi minyak opor ubai dan nasi putih gulai kawah semakin dikenali.”

Sokong peniaga tempatan, rai bola sepak

 

Kedua-dua restoran ini kini menjadi sebahagian daripada kempen ADA KICK™ anjuran GrabFood yang meraikan makanan tempatan dan semangat bola sepak.

Kempen ini menampilkan barisan bintang bola sepak Malaysia seperti Safawi, Dominic, dan Nazmi yang berkongsi restoran ‘5-Star’ kegemaran mereka di GrabFood.

Inisiatif ini sekali gus dapat mempromosikan restoran ‘5-Star’ yang ADA KICK™ serta memberi peluang kepada umum untuk merasai hidangan yang memenuhi selera.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top