Pelakon jelita, Uqasha Senrose tidak menafikan suaminya, Kamal Adli sibuk dan sering bekerja luar ketika dirinya hamil anak pertama.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkongsi semula video temu bual bersama platform media hiburan sekitar Januari 2024 yang ketika itu gementar menanti kehadiran anak sulung.
“Saya rasa semua orang tahu yang saya seorang diri semasa mengandung sebab dia (Kamal) kerja luar bandar ‘back to back’,” katanya ringkas.

Aktres drama rantaian popular Tundukkan Playboy Itu ini dipercayai memuat naik video tersebut selepas segelintir netizen membanjiri coretan menyentuh hati buat anaknya, Hawra Uqaira.
Namun begitu, luahan hatinya itu seolah-olah memberi bayangan dia melalui pengalaman mengandung seorang diri selama sembilan bulan.

Rata-rata netizen di ruangan komen tersebut tampil mempertahankan Kamal yang ketika itu sedang sibuk menjalani penggambaran filem Lahad Datu, sehingga terpaksa berjauhan dengan Uqasha.


Sebelum ini, konflik rumah tangga Uqasha dan Kamal menjadi perhatian ramai selepas aktres itu memfailkan perceraian pada Oktober lalu.
Artikel Berkaitan: Netizen Sepakat Banjiri Ruangan Komen Uqasha Senrose, ‘Bantu’ Kamal Adli Pujuk Isteri – “Dia Sayang Awak, Jangan Cerai…”
Artikel Berkaitan: Tampil Pertahankan Uqasha Senrose, Netizen Puji Kamal Adli Suami ‘Green Flag’ – “Bagus Dia ‘Protect’ Isteri”
Artikel Berkaitan: “Saya Ada Di Sini Sebab Cinta, Bukan Benci” – Kamal Adli Rayu Uqasha Senrose Selesai Cara Baik






