21 Januari – Speedy Tigers terlepas Sukan Olimpik Paris 2024
21 Januari – Speedy Tigers terlepas Sukan Olimpik Paris 2024.
SKUAD hoki lelaki negara gagal menamatkan kemarau 24 tahun untuk mara ke Sukan Olimpik setelah terpaksa berpuas hati di tempat kelima dalam pusingan kelayakan di Muscat, Oman.
1 Februari – Malaysia naib juara edisi sulung Piala Dunia Hoki 5s

1 Februari – Malaysia naib juara edisi sulung Piala Dunia Hoki 5s.
MALAYSIA tewas 2-5 di tangan pasukan gergasi Eropah, Belanda pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Oman.
6 Februari – Khalid Ali kembali kepada Pencipta

6 Februari – Khalid Ali kembali kepada Pencipta.
LEGENDA bola sepak tanah air, Khalid Ali menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kanser paru-paru.
3 Februari – Tahan sakit

Azizulhasni di Paris. Foto Bernama
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengambil ubat keradangan jantung ketika meraih pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara- Negara UCI di Australia.
8 Februari – Legenda ‘double treble’, Azraai Khor sudah tiada
LEGENDA ‘double treble’ Kedah pada 2007 dan 2008, Mohd Azraai Khor Abdullah meninggal dunia pada usia 71 tahun akibat strok.
7 Februari – Kok Hong meninggal dunia
BEKAS pemain kebangsaan dan Pulau Pinang, Moey Kok Hong meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
3 Mac – Sarjit kemudi skuad Speedy Tigers
SARJIT Singh dinamakan sebagai ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara yang baharu bagi menggantikan Arul Selvaraj selepas kontraknya tamat Januari lalu.
25 Mac – Magis Arif Aiman

25 Mac – Magis Arif Aiman
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi membuktikan statusnya apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali ketiga berturut-turut pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23).
1 April – Sivasangari lakar sejarah

S Sivasangari
PEMAIN skuasy wanita utama negara, S Sivasangari berada dalam kelas tersendiri apabila menjuarai Kejohanan London Klasik, menewaskan pemain nombor dua dunia dari Mesir, Hania El Hammamy pada perlawanan akhir.
27 April – Nor Farah Ain juara dunia boling padang
ATLET boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah muncul juara pada
penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands.
5 Mei – Faisal Halim disimbah asid

13 Jun – Faisal Halim muncul kali pertama. Foto Bernama
PEMAIN sensasi negara, Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid oleh dua individu tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di Damansara, Petaling Jaya.
19 Mei – Zii Jia juara Terbuka Thailand
PEMAIN profesional lelaki negara, Lee Zii Jia muncul juara Terbuka Thailand yang berstatus Super 500 setelah menewaskan pemain Hong Kong, Ng Ka Long 21-11, 21-10.
22 Mei – Malaysia raih juara berganda Piala Dunia Sepak Takraw

22 Mei – Malaysia raih juara berganda Piala Dunia Sepak Takraw
TRIO negara, Farhan Adam, Syahir Rosdi, Azlan Alias (Haziq Hairul Nizam) menewaskan regu Thailand, Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan, Varayut Jantarasena (Siriwat Sakha) 15-8, 15-12 untuk mengungguli acara regu Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Gandingan Aidil Aiman Azwawi-Noraizat Mohd Nordin pula menjuarai acara double selepas mengalahkan Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut dari Thailand 17-16, 15-13.