Sepanyol haramkan syarikat Israel sertai FEINDEF 2025

Sepanyol haramkan syarikat Israel sertai FEINDEF 2025


MADRID – Sepanyol melarang syarikat-syarikat Israel daripada menyertai Pameran Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (FEINDEF) 2025 di sini.

Setiausaha Pertahanan, Amparo Valcarce dalam satu kenyataan berkata, Israel dan syarikat-syaikatnya dikecualikan daripada FEINDEF dan langkah itu selaras dengan komitmen Sepanyol terhadap keamanan di Palestin dan Lubnan serta mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Keputusan untuk mengecualikan Tel Aviv dilaporkan disebabkan oleh tindakan Israel di wilayah Palestin yang diduduki dan Lubnan, serta insiden yang mana perwakilan antarabangsa, termasuk warga Sepanyol, diserang oleh tentera Israel di Tebing Barat.

Delegasi itu termasuk bekas datuk bandar Barcelona Ada Colau dan ahli Parlimen Eropah Jaume Asens, yang mengiringi rakyat Palestin menuai buah zaitun apabila tentera Israel menggunakan gas pemedih mata.

FEINDEF, salah satu daripada 10 pameran pertahanan terbaik dunia, dijangka menjadi tuan rumah kepada lebih 400 syarikat dan akan berlangsung di Madrid dari 12 hingga 14 Mei 2025. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top