September 8, 2024

Sepanyol tempah slot final Euro 2024

Sepanyol tempah slot final Euro 2024


SEPANYOL bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Perancis 2-1 pada pertembungan separuh akhir Euro 2024, awal pagi Rabu.

Perlawanan di Allianz Arena, Munich itu menyaksikan Perancis terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Kolo Muani seawal minit kelapan.

Namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Sepanyol menyamakan kedudukan menerusi penyerang muda berusia 16 tahun, Lamine Yamal pada minit ke-21.

Skuad La Furia Roja menambah gol kedua menerusi Dani Olmo empat kemudian.

Keputusan 2-1 bertahan sehingga wisel penamat dan kemenangan itu membolehkan Sepanyol menempah slot ke perlawanan akhir.

Menanti Sepanyol di pentas akhir ialah Belanda dan England yang bakal beraksi dalam satu lagi pertembungan separuh akhir di Signul Iduna Park, awal pagi Khamis (3 pagi waktu Malaysia).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top