Serangan balas dendam, Iran bedil beratus-ratus peluru berpandu dibedil ke Israel

Serangan balas dendam, Iran bedil beratus-ratus peluru berpandu dibedil ke Israel


TEHRAN – Iran melepaskan beratus-ratus peluru berpandu ke arah penempatan Israel dalam serangan berskala besar pada petang Selasa.

Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengesahkan ia menyerang sasaran penting tentera rejim zionis.

Pengesahan itu dibuat selepas tentera Israel mendakwa Iran telah melancarkan peluru berpandu ke arah penempatan Palestin yang diduduki rejim itu.

Rakaman video dari bandar-bandar berbeza di seluruh Iran seperti dari Tehran menunjukkan peluru berpandu berpandu dilepaskan terhadap entiti zionis.

Tehran, Isfahan, Tabriz, Shiraz, Khorramabad, Arak – di seluruh Iran telah menyaksikan peluru berpandu dilancarkan di langit.

Dalam satu kenyataan, IRGC berkata, serangan peluru berpandu itu adalah tindakan balas terhadap pembunuhan berbeza yang dilakukan oleh rejim zionis dan jenayah di Palestin dan Lubnan.

“Sebagai tindak balas kepada kematian syahid Ismail Haniyeh, Hassan Nasrallah dan komander IRGC Abbas Nilforushan, kami menyasarkan tengah-tengah wilayah yang diduduki,” kata IRGC dalam satu kenyataan.

IRGC Iran memberi amaran kepada rejim Israel mengenai tindakan balas Iran yang lebih teruk sekiranya ia bertindak balas terhadap serangan.

“Selepas tempoh bertenang terhadap pencabulan kedaulatan Republik Islam Iran dalam pembunuhan Dr Ismail Haniyeh oleh rejim zionis dan terhadap hak negara untuk mempertahankan diri tertakluk kepada hak Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan peningkatan kejahatan rejim dengan sokongan Amerika Syarikat dalam pembunuhan beramai-ramai di Lubnan dan Gaza dan syahidnya , Sayyed Hassan Nasrallah dan Komander dan Penasihat IRGC di Lubnan, Mejar Jeneral Abbas Nilfroushan, tentera udara IRGC melancarkan berpuluh-puluh peluru berpandu balistik untuk menyasarkan sasaran ketenteraan dan keselamatan yang penting di wilayah yang diduduki, ,” tambah kenyataan IRGC.

Operasi ini telah dijalankan dengan kelulusan Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Tentera dan Kementerian Pertahanan Iran.

“Kami memberi amaran jika rejim zionis bertindak balas secara ketenteraan terhadap operasi ini, yang mengikut hak undang-undang negara dan undang-undang antarabangsa, ia akan menghadapi serangan yang lebih menghancurkan dan merosakkan,” kata IRGC lagi. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top