Serangan di Gaza musnahkan generasi sukan, 1,007 atlet Palestin terbunuh

Serangan di Gaza musnahkan generasi sukan, 1,007 atlet Palestin terbunuh

Serangan di Gaza musnahkan generasi sukan, 1,007 atlet Palestin terbunuh


Pemain dari pasukan Kelab Sukan Gaza dan Kelab Al-Ahly mengambil bahagian dalam pertandingan bola sepak di padang yang dikelilingi bangunan yang musnah akibat serangan udara Israel di Gaza City. Foto Agensi

SEKURANG-KURANGNYA 1,007 atlet Palestin terkorban manakala 265 kemudahan sukan musnah akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023, menurut Jawatankuasa Olimpik Palestin.

Naib Presidennya, Asaad Al-Majdalawi berkata, 45 mangsa adalah wanita dengan kemusnahan melibatkan stadium, dewan latihan, gimnasium dan pusat belia di seluruh Gaza.

Daripada jumlah itu, 184 kemudahan musnah sepenuhnya manakala 81 lagi rosak sebahagian.

Beliau berkata, kemusnahan berkenaan bukan sahaja menamatkan kerjaya atlet, malah melumpuhkan keseluruhan ekosistem sukan yang selama ini menjadi ruang sokongan psikologi dan sosial kepada belia Gaza.

“Kesan yang kami hadapi bukan sekadar fizikal tetapi turut melibatkan trauma, laluan kerjaya yang terputus serta kehilangan sumber pendapatan bagi keluarga yang bergantung kepada institusi sukan,” katanya.

Walaupun berdepan kehancuran, aktiviti bola sepak masih diteruskan secara sederhana dengan pemain tempatan termasuk atlet amputasi beraksi di kawasan berpasir dan runtuhan bangunan, menggantikan stadium yang musnah.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa tokoh sukan antarabangsa tampil menunjukkan solidariti, termasuk pengurus Manchester City, Pep Guardiola yang menandatangani jersi pasukan bola sepak amputasi Gaza sebagai simbol sokongan moral.

Pemerhati sukan menyifatkan pemusnahan ini sebagai kehilangan generasi, apabila sistem liga, latihan dan pembangunan atlet yang dibina selama puluhan tahun di Gaza lenyap dalam tempoh singkat.

Di sebalik segala kekangan, sukan kekal menjadi simbol keteguhan rakyat Gaza dengan bola sepak terus dimainkan sebagai lambang kelangsungan dan penolakan untuk mengalah.

Ringkasan AI

  • Sekurang-kurangnya 1,007 atlet Palestin terkorban dan 265 kemudahan sukan musnah akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023
  • 45 mangsa adalah wanita dan kemudahan yang musnah termasuk stadium, dewan latihan, gimnasium dan pusat belia
  • Sebanyak 184 kemudahan musnah sepenuhnya manakala 81 lagi rosak sebahagian
  • Kemusnahan ini bukan sahaja menamatkan kerjaya atlet tetapi juga melumpuhkan ekosistem sukan di Gaza
  • Walaupun kemudahan musnah, aktiviti bola sepak masih diteruskan dengan pemain tempatan beraksi di kawasan berpasir dan runtuhan bangunan



Source link

OR

Scroll to Top