Serangan jantung punca pemandu Toyota Caldina rempuh kenderaan lain di simpang lampu isyarat

Serangan jantung punca pemandu Toyota Caldina rempuh kenderaan lain di simpang lampu isyarat


harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Serangan jantung dipercayai punca seorang pemandu Toyota Caldina hilang kawalan dan merempuh sebuah kereta di laluan bertentangan di simpang lampu isyarat di Jalan Ampang, di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya turut mengesan satu video tular memaparkan insiden itu sejak semalam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 11 pagi kelmarin membabitkan wanita tempatan berusia 49 tahun yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Jaecoo 7.

“Namun, sebuah kereta Toyota Caldina dipandu lelaki tempatan berusia 57 tahun datang dari arah depan dan melanggar bahagian hadapan kenderaan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu kenderaan mangsa mengundur ke belakang dan melanggar SUV Lexus RX200T dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan Toyota Caldina hilang kawalan kerana pemandunya mengalami serangan jantung.

“Pemandu terbabit bagaimanapun berada dalam keadaan stabil ketika bertemu pegawai penyiasat.

“Hanya pemandu Jaecoo 7 saja yang cedera ringan,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan Pengangkutan (APJ) 1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top