Serpihan misteri di dua pantai Sydney dikenalpasti sebagai ‘bola tar’

Serpihan misteri di dua pantai Sydney dikenalpasti sebagai ‘bola tar’


SYDNEY – Beribu-ribu serpihan bola hitam misteri yang terdampar di dua pantai Sydney telah dikenal pasti sebagai fenomena yang dikenali sebagai ‘bola tar’.

Pihak berkuasa mengesahkan, bebola bersaiz seperti bola golf adalah bahan pencemar berasaskan hidrokarbon yang konsisten dengan ‘bola tar’, yang terbentuk apabila minyak bersentuhan dengan serpihan dan air akibat daripada tumpahan minyak atau resapan di laut.

Pantai Coogee yang popular di timur Sydney di negeri New South Wales (NSW) ditutup pada Selasa selepas pengawal penyelamat menjumpai bola-bola yang dihanyutkan ke darat di sepanjang pantai.

Majlis Bandaraya Randwick pula menutup Pantai Teluk Gordons selepas serpihan tambahan ditemui dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mendekati atau menyentuh ‘bola’ berkenaan.

Datuk Bandar Randwick Dylan Parker berkata, majlis tersebut telah bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar (EPA) dan pelabuhan serta agensi pengangkutan untuk mengalih dan melupuskan bahan tersebut dengan selamat.

“Masyarakat kita sememangnya sangat menjaga persekitaran semula jadi kita dan ini merupakan kejadian yang sangat membimbangkan,” katanya.

Bagaimanapun, tiada tumpahan minyak telah dilaporkan berlaku di luar pantai Sydney tetapi pekerja majlis yang menaiki jet ski ternampak tompokan minyak yang disyaki di laut dan pelayar tempatan melaporkan menemui hidupan liar bersalut hitam.

Penny Sharpe, Menteri Alam Sekitar NSW memberitahu, bola serpihan juga ditemui di Pulau Wedding Cake kira-kira 1 km dari pantai Coogee. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top