“Sesuai Lagi Tak Umur Saya Ni Ada Baby” – Isteri Aliff Syukri Rancang Tambah Zuriat?

“Sesuai Lagi Tak Umur Saya Ni Ada Baby” – Isteri Aliff Syukri Rancang Tambah Zuriat?


Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida, kembali mencuri perhatian warganet apabila meluahkan persoalan mengenai perancangannya untuk menambah cahaya mata.

Menerusi perkongsian di Threads, Shahida atau nama lengkapnya, Nur Shahida Mohd Rashid, 40, bertanyakan kepada pengikutnya sama ada wajar atau tidak untuk dirinya kembali hamil.

“Agak-agak sesuai lagi tak kalau umur saya ni ada baby,”soalnya.

Bagaimanapun, Shahida kemudian memuat naik hantaran berlainan sekali gus memberi gambaran bahawa impiannya mungkin tidak dapat direalisasikan buat masa ini.

Ini kerana, Aliff didakwa tidak berminat untuk menambah zuriat lagi.

Meskipun Shahida tidak menjelaskan secara lanjut mengenai kenyataannya itu, namun rata-rata warganet tampil memberikan pelbagai respons terhadap niat murni Shahida.

Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.

Hasil perkahwinan, Shahida dan Aliff dikurniakan enam orang cahaya  mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al‑Hakim.



Source link

OR

Scroll to Top