Suami kepada pelakon Amyza Aznan, Khairil Idzhar Md Nazir reda dengan takdir pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
Meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 10.30 malam tadi, Khairil menganggap waktu pemergian itu memberi kekuatan buat dirinya dan
“Dia pergi pada bulan Ramadan, itu yang buat saya kuat. Saya berada di sisi ketika dia menghembuskan nafas terakhir dan segala urusan terasa dipermudahkan. Perginya sangat tenang,” katanya kepada XTRA.
Khairil ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, sebentar tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Derita Kanser Paru-Paru, Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia
Dalam masa sama, Khairil menyifatkan Andre sebagai anak yang baik serta tidak pernah menyusahkan keluarga walaupun menanggung sakit akibat kanser paru-paru sejak tahun lalu.
“Dia anak yang sangat baik. Walaupun sakit, dia tak pernah menyusahkan saya. Saat akhir dia sudah tidak mampu bercakap dan doktor memang beritahu keadaannya kritikal sehari sebelumnya,” ujarnya.

Menurut Khairil, Andre berjuang melawan kanser paru-paru tahap tiga selama setahun dan sepanjang tempoh itu anaknya masih cuba berfikiran positif meskipun menahan kesakitan.
“Setahun dia lawan kanser dan masih kelihatan ceria. Pernah dia tanya kenapa semakin lama semakin lemah, tapi itulah proses penyakit,” katanya.
Andre menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10.30 malam Isnin akibat kanser paru-paru.
Jenazah dijangka disolatkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Keramat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Selangor pada pagi Selasa.






