SETIAUSAHA Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman digantung serta-merta berkuat kuasa Jumaat susulan siasatan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung status tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundram mengesahkan perkara itu dalam sidang media di Wisma FAM.
“Setiausaha Agung FAM digantung berkuat kuasa hari ini,” katanya.
Langkah itu menyusul selepas tindakan yang dikenakan FIFA terhadap FAM dan tujuh pemain terbabit kerana didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
FIFA memaklumkan bahawa FAM menyerahkan dokumen dipalsukan untuk tujuan mengesahkan kelayakan pemain bagi membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan rasmi.
Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui, dan Hector Alejandro Hevel Serrano.
Sebagai rekod, Noor Azman mula memegang jawatan Setiausaha Agung FAM pada 1 September 2022, menggantikan Mohd Saifuddin Abu Bakar, dan sekali lagi dilantik untuk penggal 2025-2029 pada Februari 2025.
Ringkasan AI
- Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, digantung serta-merta
- Digantung susulan siasatan FIFA tentang pemain warisan Harimau Malaya
- FAM didapati melanggar Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen
- Tujuh pemain terlibat dalam pembekalan dokumen dipalsukan
- Noor Azman dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada 1 September 2022