“Setidaknya Masih Banyak Jalan Yang Belum Kita Cuba…” – Muat Naik Kata-Kata ‘Galau’, Respons Fazura Pada Que Haidar Curi Perhatian

“Setidaknya Masih Banyak Jalan Yang Belum Kita Cuba…” – Muat Naik Kata-Kata ‘Galau’, Respons Fazura Pada Que Haidar Curi Perhatian

“Setidaknya Masih Banyak Jalan Yang Belum Kita Cuba…” – Muat Naik Kata-Kata ‘Galau’, Respons Fazura Pada Que Haidar Curi Perhatian


Pelakon popular, Que Haidar dan Nur Fazura semakin mencuri perhatian apabila kedua-duanya dilihat mesra terutamanya menerusi beberapa video siaran langsung seperti yang tular sejak kebelakangan ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Que atau nama lengkapnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 47, kelihatan memuat naik kata-kata berupa pesanan terhadap seseorang.

“Awak sudah terlalu banyak dituntut, sekarang giliran awak untuk menuntut. Untuk sedikit bahagia, itu awak layak, betul-betul layak.

“Tidak semua harus kita genggam, bersamaan ada masanya untuk gagal. Gagal memiliki dari salah satu yang kita mahu.. gagal menang dari banyaknya harapan yang kita perjuangkan.. Tak apa awak, setidaknya masih banyak jalan yang belum kita cuba,” katanya.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun respons yang ditinggalkan Fazura menerusi hantaran tersebut menyorot perhatian ramai.

Bukan itu sahaja, beberapa video yang menunjukkan kemesraan kedua-dua selebriti ini termasuklah tanda pagar #QueLaFazDenganBismillah turut menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan warganet kini.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Bongkar Que Haidar Jadi Top Viewer Siaran Langsung TikTok Fazura – “Terus She Behave”

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura & Que Haidar Buat ‘Momen’ Manis, Tapi Mimik Elly Mazlein Cuit Hati Ramai – “Baru Nak Salam Perkenalan, Tiba-Tiba Dia Menyelit…”

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Cerai Diungkit Semula, Jawapan Ringkas Que Haidar Buat Ramai Terkedu



Source link

OR

Scroll to Top