Penyanyi Ariff Bahran menyuarakan pandangannya terhadap segelintir individu yang sanggup menyewa kereta mewah untuk pulang ke kampung di musim perayaan.
Menerusi hantaran di Threads, Ariff turut mempersoalkan tindakan tersebut untuk mengagumkan siapa kerana tujuan utama untuk bertemu adik-beradik dan ahli keluarga.
BACA: Ariff Bahran Rugi RM425,000, Impian Bawa Sheila On 7 Musnah

“Balik kampung masa raya dan sewa kereta mewah? Maaf, cringe. Adik beradik je pun yang ada di kampung, nak ‘impress’ siapa?” tulisnya.
Sementara itu, Ariff turut meminta orang ramai berhati-hati kerana dunia kini penuh dengan kepura-puraan.
“Ramai rupanya kaki flex tapi kosong…erm hati-hati semua dunia tipu-tipu kita hidup sekarang,” tulisnya.






