Olimpian negara tersebut terpaksa akur kepada Joseph Truman dari Great Britain, sementara adiknya pula tewas kepada pelumba Jepun, Yuta Obara. – Stadium Astro
ADIK-beradik pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Ridwan Sahrom, mengakhiri acara pecut selepas terkandas di pusingan pertama Kejohanan Berbasikal Trek Dunia (UCI) di Ballerup, Denmark pada Sabtu malam.
Sewaktu di peringkat kelayakan, mereka berdua menempatkan diri di kedudukan 22 dan 25 untuk mara ke pusingan seterusnya, namun dikecewakan oleh lawan masing-masing ketika perlumbaan tersebut.
Memasuki peringkat seterusnya, Olimpian negara tersebut terpaksa akur kepada Joseph Truman dari Great Britain, sementara adiknya pula tewas kepada pelumba Jepun, Yuta Obara. – Stadium Astro