Shahida Dedah Aliff Syukri Tegas, Larang Lelaki Luar Pegang, Sentuh Anak Perempuan

Shahida Dedah Aliff Syukri Tegas, Larang Lelaki Luar Pegang, Sentuh Anak Perempuan


Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida menjelaskan mengenai video tular anak keduanya Qadejah El Zahra menasihati adik-adiknya mengenai batas pergaulan.

Menerusi sesi siaran langsung, Shahida berkata kejadian bermula apabila pembantu peribadi lelaki sering bermain dengan anak lelaki mereka, Yusuf dan Baim, sehingga anak perempuan mereka, Raudhah mahu turut serta.

BACA: Aliff Syukri Hadiahkan Ammar Jam Rolex Bertatahkan Berlian

Shahida berkata sebelum ini Aliff sudah menegaskan kepada pembantu peribadi berkenaan supaya tidak memegang, mendukung atau menyentuh anak perempuannya.

Bagaimanapun, situasi itu tetap berlaku. Menurut Shahida lagi, kemarahan tersebut bukan bermaksud marah pada anak-anak tetapi sebagai proses mendidik serta pemahaman mengenai pergaulan.

“Kalau awak ada anak perempuan, awak suka tak orang lain pegang anak awak?” soal Aliff Syukri kepada PA tersebut. 

Dalam pada itu, Shahida berkata pendidikan mengenai sentuhan dan batas pergaulan perlu bermula sejak anak masih kecil. 

Kita mula ajar dari kecil. Kalau kita longgarkan dari awal, bila besar nanti lebih sukar untuk mereka faham,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top