Shahidan nafi ugut Irfan

Shahidan nafi ugut Irfan


Shahidan

PRESIDEN Olahraga Malaysia (MA) Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan kenyataan atlet lempar cakera negara Muhammad Irfan Shamsuddin yang mendakwa dirinya diugut kepimpinan tertinggi badan induk sukan tersebut.

Beliau bagaimanapun percaya tindakan atlet berkenaan berkemungkinan didorong oleh individu tertentu menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-22 MA yang bakal diadakan Ahad ini.

“Saya tidak pernah terlibat dengan atlet secara langsung tapi dalam olahraga ni antara atlet yang menjadi kegemaran saya ialah Irfan. Cuma sebelum pergi ke Korea Selatan tu, dia maklum pada saya bahawa dia sudah dapat gangsa. Dia akan cuba dapat emas saya cakap Alhamdulillah.

“Tapi kalau dia bercakap tu sebab mewakili pihak yang ketiga, saya akan cari pihak yang ketiga itulah. Irfan bagi saya tiada masalah kalau dia bagitahu bahawa dia diugut saya bersumpah tidak ada berbuat demikian,” katanya dalam sidang media pada Jumaat.

Terdahulu menerusi laporan media, Irfan membuat pendedahan bahawa dirinya menerima tekanan emosi susulan ugutan tersebut yang dakwanya hadir daripada Shahidan dan beberapa pegawai kanan MA sendiri.

Irfan mendakwa insiden itu berlaku antara 1 hingga 3 Jun lepas sejurus selepas beliau membawa pulang pingat gangsa daripada Kejohanan Olahraga Asia 2025 di Gumi, Korea Selatan. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top