Pelakon dan penyanyi Safura Yaacob mengesahkan ketumbuhan scapula atau tulang belikat dialami suaminya, pelakon Shahronizam Noor adalah kanser tahap dua.
Memetik Harian Metro, Safura memaklumkan mereka menerima keputusan biopsi pada Khamis dan suaminya akan memulakan rawatan radioterapi pada hujung bulan ini.
BACA: “Bahagia Itu Mahal, Mungkin Saya Juga Ada Silap Tak Boleh Terus Salahkan Suami”
“Assalamualaikum, hari ini kami balik dari hospital dan dah dapatlah biopsi daripada pembedahan itu, Shahronizam disahkan menghidap kanser tahap dua.
“Bagaimanapun, keadaan tulang dalam itu (ketumbuhan dialami) adalah tahap tiga yang ganas dan kemungkinan besar boleh tumbuh balik dan disebabkan itu dia (Shahronizam) perlu membuat rawatan radioterapi dulu.
“Shahronizam akan mula buat radioterapi pada hujung tahun (Disember ini) sebanyak 33 kali dan selepas itu kita tengok keputusannya macam mana,” katanya.
Sebelum ini, Shrhonizam berkata dia reda dengan apa juga keputusan diperoleh dan bersedia menjalani radioterapi sekiranya ketumbuhan diamalinya itu adalah kanser.
Sumber: Harian Metro





