Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa rindu selepas sembilan hari tidak menerima khabar daripada anaknya, Ameena Sofia yang kini bersama bekas suaminya, Fizi Ali menunaikan umrah.
Menerusi satu hantaran di Insta Story, Shakilla bagaimanapun berkata dia tidak berkecil hati serta percaya mungkin anaknya sibuk menjalani ibadah bersama bapanya.
BACA: Fizi Ali Nafi Isteri Terlibat Pendaftaran Sekolah Ameena, Tegur Shakilla Merentan Di IG
“Tapi jangan risau Umi tak kecil hati. Bukanlah tak boleh bertanya tapi mengharapkan panggilan dan tawaran kepada anak yang belajar mencari ibunya untuk segala hal,” katanya.
Sementara itu, Shakilla berkata mungkin dia kurang memberi penekanan kepada anaknya tentang peranan seorang ibu atau mungkin anaknya masih terlalu kecil untuk tahu pentingnya seorang ibu dalam hidupnya.
“Satu-stunya anak umi dunia akhirat, umi tak akn berkecil hati sebab umi tahu semua. Semoga selamat sampai rumah kita nanti. Umi tunggu awak,” katanya.
Sumber: mStar Online





