Shandong tarik diri lawan Ulsan

Shandong tarik diri lawan Ulsan


Kuala Lumpur: Kelab Liga Super China, Shandong Taishan menarik diri daripada Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) beberapa jam sebelum aksi terakhir liga peringkat kumpulan menentang Ulsan HD di Korea Selatan hari ini.

Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) berkata, Shandong dianggap menarik diri daripada kejohanan selepas kelab itu mengesahkan mereka tidak akan hadir di Stadium Bola Sepak Munsu untuk berdepan Ulsan.

Shandong dalam kenyataan di laman webnya berkata, susulan masalah ketidakselesaan yang serius dalam kalangan pemain dan selepas penilaian pasukan perubatan, pemain tidak dapat beraksi menentang Kelab Bola Sepak Ulsan HD.

“Kami sangat kesal dan meminta maaf kepada AFC, Ulsan HD, penyokong dan semua sektor masyarakat.”

Shandong meraih 10 mata daripada tujuh perlawanan awal dan hanya perlukan seri menentang Ulsan untuk mengesahkan tempat ke peringkat 16 terakhir.

Penarikan diri Shandong bermakna sebuah lagi kelab dari China Shanghai Shenhua mara ke peringkat seterusnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top