Pelakon dan penyampai radio Sharifah Aleya mengumumkan sudah bercerai dengan suami, Mohammad Azam Abdullah.
Perkara itu dikongsikan oleh Aleya menerusi Instagram sebentar tadi memaklumkan tempoh iddah bersama bekas suami yang juga dikenali sebagai Miko sudah pun berakhir.
BACA: “Suami Saya Suka” – Sharifah Aleya Dah Lama Teringin Tindik Hidung
“Assalamualaikum. Video reel ini adalah kompilasi rakaman dan perkongsian sejak November 2025.
“Saya kongsikan hari ini kerana hari ini menandakan berakhirnya tempoh iddah saya. Saya kini secara rasmi telah bercerai. Alhamdulillah ‘alaa kulli haal,” tulisnya.
Tidak memberitahu tarikh sebenar perceraian mereka, Aleya berkata dia dan anak-anak berada dalam keadaan baik.
“Saya dan anak-anak berada dalam keadaan baik dan kami saling menyokong antara satu sama lain. Alhamdulillah, kami mempunyai sistem sokongan yang sangat baik. Terus melangkah ke hadapan, anak-anakku.
“Insya-Allah, saya akan pulih dan okay. Jika tidak keberatan doakan saya dan anak-anak,” katanya.
Aleya dan Miko mendirikan rumah tangga pada Januari 2013. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ali Abdullah dan Ahyan Abdullah.
Sebelum ini, Aleya pernah berkahwin dengan Muhd Ashraf Aasimuddin pada Disember 2007 namun bercerai pada 2012. Mereka dikurniakan anak kembar kini berusia 17 tahun.





