Sharifah Shahirah Bawa Odah Tunai Zakat

Sharifah Shahirah Bawa Odah Tunai Zakat


Pelakon dan penyampai radio, berkongsikan Sharifah Shahirah membawa anaknya, Audra atau lebih mesra disapa Odah untuk menunaikan zakat.

Menerusi satu hantaran di Threads, Shiera membawa anaknya untuk mendaftar di pusat zakat untuk menunaikan zakat pendapatan.

BACA: “Dia Tambah Lagi Kat Kening” – Shiera Kongsi Reaksi Anak Tindik Kening 

“Hari terakhir, mana sempat sahajalah. Mama daftar dekat sini, lepas ini bayar sendiri tau,” tulisnya.

Sementara itu, Shiera juga berharap agar anak perempuannya sentiasa melaksanakan rukun Islam setiap tahun.

“Kalau pendapatan RM10,000, hanya perlu bayar RM250. Pergi sahaja atau bayar secara online. Sekejap sahaja, walaupun sikit awak bayar tapi cakna tentang zakat,” katanya.

Perkongsian Shiera itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu dalam mendidik anak untuk menunaikan kewajipan.






Source link

OR

Scroll to Top