Sharnaaz Ahmad Tegur Golongan Duda Buat Trend Jamilah – “Kita Ada Style, Bukan Desperate”

Sharnaaz Ahmad Tegur Golongan Duda Buat Trend Jamilah – “Kita Ada Style, Bukan Desperate”


Pelakon, Sharnaaz Ahmad meraih tumpuan selepas secara terbuka meninggalkan pesanan kepada segelintir golongan duda di Malaysia untuk tidak membuat trend ‘Jamilah’.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Sharnaaz atau nama lengkapnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 40, mengatakan meskipun bergelar duda, namun golongan tersebut tidak terdesak mencari pasangan sehingga perlu membuat ‘content’ sedemikian.

“Kepada semua ahli dan prospek Persatuan Duda Dalam Malaysia (PDDM), sesiapa yang tertangkap buat video ‘Jamilah’ musibat tu, anda akan digugurkan dan senarai hitam dari persatuan.

“Kita duda, tapi bukan desperate. Kita ada gaya,” katanya.

Sebelum ini, trend ‘Jamilah’ mendapat sambutan hangat selepas pelakon, Que Haidar secara spontan membuat ‘content’ di TikTok miliknya.



Source link

OR

Scroll to Top