Sharul bikin 'drama' pada Konsert Drama Band 15 Tahun

Sharul bikin 'drama' pada Konsert Drama Band 15 Tahun


syafil.syazwan@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Vokalis Drama Band, Aepul Roza melakukan aksi akrobatik ketika tampil membuat persembahan pada Konsert Drama 15 Tahun di JioSpace, di sini, malam tadi.

Aepul atau nama sebenarnya Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 38, melakukan aksi lagak ngeri ketika mempersembahkan lagu Melompat Lebih Tinggi (duet bersama Sharul Kamal) dan Satu-Satu.

Paling mengejutkan ketika persembahan lagu Satu-Satu, yang mana menyaksikan Aepul dengan bantuan penari latarnya, ‘dilambung’ dan meloncat tinggi sebelum mendarat di hadapan mikrofon dan meneruskan persembahan.

Bagaimanapun, satu insiden luar dugaan berlaku apabila Sharul terjatuh selepas berlaga dengan penari, namun tiada sebarang kecederaan.

Malah, penyanyi kelahiran Akademi Fantasi 2015 (AF2015) meneruskan persembahan seperti biasa.

Konsert sempena ulang tahun ke-15 Drama Band itu turut menyaksikan artis jemputan iaitu penyanyi yang juga isteri Aepul, Leez Rosli, Datuk Nash, Aweera, Fiq Halim, serta kemunculan khas bekas anggota Drama Band, Ammar Habir.

Sepanjang durasi tiga jam konsert berlangsung, Drama Band mempersembahkan lagu-lagu mereka, lagu saduran serta lagu-lagu ciptaan Aepul yang pernah dipopularkan artis lain.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top