Pelakon dan usahawan, Nur Fazura meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya, Nur Fatima Aisya didakwa dijadikan sebagai objek ketika di majlis perkahwinan Fattah Amin dan Amira Othman.
Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin terkesan melihat anaknya yang dibiarkan seorang diri ketika mereka mengambil foto.
“Any lip readers here? Yang kiri sekali tu cakap apa? ‘Biar je dia kat situ?’
“She is NOT an object! SHE IS MY CHILD!!!,” katanya.
Fazura mengakui dia pertama kali melihat video tersebut yang tersebar di media sosial sekali gus mempersoalkan mengapa anaknya dilayan sedemikian.
“I’m sorry but Lillahitaala this is my first time watching!!! How? What? That was done to MY child?,” soalnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkesan dengan luahan hati Fazura itu, malah ramai dalam kalangan mereka turut memberikan kata-kata semangat kepada ibu anak satu ini.






