Pelakon popular, Uqasha Senrose sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas memuat naik satu hantaran penuh makna di Instagram, sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai status rumah tangganya bersama aktor, Kamal Adli.
Dalam perkongsian tersebut, Uqasha menulis petikan panjang berunsur luahan hati tentang kesetiaan, kekuatan wanita dan ketabahan menghadapi luka, yang nyata menyentuh emosi ramai.
“She’s loyal because it’s in her, not because she needs you. She stayed loyal even when she was hurting. She showed up even when you didn’t.
“She kept choosing you, when you gave her reasons not to… not because she was weak, but because she’s built different.
“Her loyalty wasn’t for you, it was a reflection of her heart… but don’t confuse her loyalty with dependence. She can survive without you, she just believed in you too much.
“She gave more than she got, but one day she’ll stop. Not with anger, not with hate just with quiet strength,” tulisnya.
Luahan panjang itu mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang mendakwa ia mungkin merujuk kepada dalam hubungan Uqasha dan Kamal.
Lebih menimbulkan tanda tanya, pasangan berkenaan dikatakan sudah tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing, seolah-olah menguatkan desas-desus rumah tangga mereka kini berdepan ujian.
Namun begitu, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak berhubung perkara itu.
Untuk rekod, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Uqaira.