Shevon-Soon Huat mara ke separuh akhir Terbuka India

Shevon-Soon Huat mara ke separuh akhir Terbuka India


Soon Huat (kiri) dan Shevon mara ke separuh akhir Terbuka India selepas menumpaskan pasangan Taiwan pada Jumaat. Foto Agensi

BEREGU campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai bagai sukar digugat apabila meneruskan kemaraan ke separuh akhir Terbuka India di New Delhi sebentar tadi.

Kejayaan tersebut dilakar selepas pasangan nombor empat dunia itu menumpaskan Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang dalam saingan suku akhir di Kompleks Sukan Indira Ghandi.

Malah pasangan suami isteri itu juga dilihat kian serasi apabila membenam gandingan dari Taiwan yang berstatus kesembilan dunia secara straight set.

Soon Huat-Shevon hanya memerlukan 29 minit sebelum mengesahkan kemenangan 21-11, 21-15 untuk berada dalam kelompok empat terbaik kejohanan berstatus Super 750 itu.

Kemenangan tersebut juga membolehkan mereka melebarkan jurang kemenangan 5-0 ke atas pasangan lawan.

Malah pencapaian berkenaan juga menyaksikan aksi konsisten Soon Huat-Shevon selepas mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia di Bukit Jalil minggu lalu.

Menanti mereka dalam saingan separuh akhir ialah pemenang antara pasangan China yang berdepan sesama sendiri, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui atau Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada Sabtu.



Source link

OR

Scroll to Top