Penyanyi Shila Amzah berkongsikan demo lagu terbarunya luahan mengenai seorang bapa yang digambarkan tidak bertanggungjawab.
Menerusi hantaran itu. Shila tidak berkongsikan tajuk lagu berkenaan namun hanya meletakkan ‘coretan anak’ pada demo lagu tersebut.
BACA: Shila Amzah Pembawa Talasemia, Reda Tak Boleh Hamil Lagi
Lebih sebak, Shila turut menulis kapsyen ringkas ibunya iaitu Fauzirah Sarman menangis selepas mendengar demo lagi tersebut.
“Mama menangis tadi. Anak-anak jom berkumpul,” tulisnya.
Lirik lagu berkenaan menceritakan mengenai kecurangan sehingga memberi kesan kepada keluarga sedangkan bapa sepatutnya menjadi ketua sebaliknya melepaskan tanggunjawab kepada ibu.
Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai keluarga Shila apabila bapanya, Datuk ND Lala berkahwin dua dan wanita yang menjadi isteri kedua bapanya itu dikatakan bekas rakan sekolah Shila sendiri.






