Pelawak dan usahawan, Shuib menyorot perhatian ramai selepas berkongsi foto miliknya bersama isteri, Watie Hanifiah.
Menerusi perkongsian terkini di Instagram, foto tersebut memperlihatkan Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, sedang lena tidur disisi Shuib.
Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, baby bump Watie yang semakin jelas kelihatan.
“Dulu dia lah terpaling rajin bawa kereta. Sekarang dia lebih suka duduk sebelah dan tidur. Love you Mummy,” tulisnya ringkas.
Perkongsian tersebut bagaimanapun menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang rata-ratanya teruja melihat keadaan terkini Watie.
Malah, ramai yang menzahirkan ucapan tahniah di atas perkongsian berita gembira itu.




Sehingga kini, Shuib dan Watie masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung berita kehamilan tersebut.
Terdahulu, Watie pernah berkongsi khabar duka mengenai keguguran dialami ketika hamil anak pertama.
Menerusi entri dimuat naik di Intagram (IG), Watie yang menggelarkan cahaya mata dalam kandungannya itu sebagai ‘bintang’ berkongsi, dia bagai mendapat petanda mengenai perkara itu melalui mimpi.
Untuk rekod, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Watie Hanifiah pada Jun 2023 selepas dua tahun bergelar duda kepada arwah penyanyi, Siti Sarah Raissuddin.
Mereka kini membesarkan empat orang anak iaitu, Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.






