Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu, meluahkan rasa sebak apabila anak perempuannya, Thalita, buat pertama kali memberikan duit raya kepada keluarga pada usia yang masih muda.
Menerusi hantaran di Threads, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, mengakui tersentuh melihat keikhlasan hati anaknya yang baru berusia 13 tahun, namun sudah memahami erti memberi dalam suasana Aidilfitri.
Hulur duit raya untuk keluarga

“Ibu (Siti Sarah Raisuddin), anak perempuan awak bagi saya duit raya untuk pertama kalinya.
“Umur dia baru 13 tapi dah boleh bagi duit raya dekat family dia, such a good heart, macam awak!” ciapan Shuib, hari ini.
Dalam masa sama, Shuib turut memberitahu sikap Thalita itu juga merupakan hasil didikan arwah ibunya, Siti Sarah, serta peranan isterinya kini, Watie Hanifiah, yang disifatkan bijak mendidik anak-anak mengenai nilai rezeki serta mahu berkongsi.
“Ini semua hasil didikan Mummy (Watie) juga, pandai didik anak-anak tentang rezeki,” kongsinya lagi.

Perkongsian tersebut turut disertai ucapan syukur atas nikmat yang dikurniakan, selain mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.
Momen menyentuh hati itu mendapat perhatian ramai yang turut tersentuh melihat kematangan Thalita dalam memahami nilai memberi dan berkongsi sejak usia muda lagi.
Artikel lain: Shuib serah kasut arwah Siti Sarah kepada Thalita – “Ibu beli masa dia mengandung”
Terdahulu, Shuib mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet apabila memberikan kasut peninggalan arwah Siti Sarah kepada anak perempuannya itu.
Untuk info, Shuib mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan bersama arwah Siti Sarah Raissuddin, iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Dia berkahwin dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011, dan kini telah berkahwin semula dengan Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023.
Sumber: Threads shuibsepahtu





