Shuib Serah Kasut Arwah Siti Sarah Pada Thalita

Shuib Serah Kasut Arwah Siti Sarah Pada Thalita

Shuib Serah Kasut Arwah Siti Sarah Pada Thalita


Perkongsian pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu mengundang rasa sebak netizen apabila memberikan kasut arwah Siti Sarah kepada anaknya, Thalita.

Menerusi video di Instagram, Thalita dilihat baru sudah menunaikan solat diminta untuk mencuba dua pasang kasut milik arwah ibunya.

BACA: “Bila Halang Akan Memberontak” – Watie Perjelas Isu Baju Thalita Dedah Bahu

“Daddy nak awak pakai kasut ni sebab kalau tak guna dia akan rosak, muat tak?” kata Shuib.

Dapat dilihat, Thalita turut terkejut kerana saiz kasut berkenaan sepadan dengan kakinya serta memuji kasut ibunya itu cantik.

“Kasut ini sangat cantik, saya bukan tak nak sebelum ini tapi saya segan nak tanya untuk pakai,” kata Thalita.

Sementara itu, Shuib berkata kasut tersebut dibeli di Singapura dan sering dipakai oleh arwah sewaktu sedang mengandung anak terakhir.

“Kasut itu ibu beli masa kat Singapura. Dia suka sangat pakai sebab selesa. Yang ini (sandal) dia beli masa ibu tengah pregnant Ayash. Ibu selalu pakai yang ini. 

“Pakai dan jaga kasut tu okay. Ibu dah jalan jauh dengan kasut ini. It’s yours. Cakap thank you dekat ibu,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top