Shuk Sahar balas kenyataan Fara

Shuk Sahar balas kenyataan Fara


georgie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sudah berusaha untuk diam, pelawak Shuk Sahar, 39, terpaksa tampil bersuara membalas kenyataan isterinya Fara Salleh yang berunsur fitnah serta berniat jahat terhadapnya.

Shuk atau nama sebenarnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar berkata kenyataan berterusan yang memetik namanya sudah melampaui batas dan dia bakal ambil tindakan undang-undang.

“Saya berdiam diri selama ini kerana saya mahu perkara bersifat peribadi ini diselesaikan dengan cara yang baik dan tertutup. Namun saya mendapati perkara ini masih berterusan dan melampaui batas.

“Sehinggakan penyataan serta gelaran yang tidak sepatutnya ditujukan kepada ibu bapa serta anak-anak saya. Oleh demikian, semua pihak disarankan tidak membuat sebarang penyataan, spekulasi, komen serta andaian.

“Demi menegakkan kebenaran dan atas nama keadilan, saya akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya kepada pihak dan atau pihak-pihak yang berkenaan,” katanya.

Shuk menegaskan agar mana-mana pihak berhenti keluarkan kenyataan berkenaan dengan perkara-perkara yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah demi menghormati institusi kehakiman di Malaysia.

Perkara peribadi itu termasuklah isu pengesahan pernikahan serta penentuan sah penceraian yang masih belum diputuskan oleh mahkamah.

Menurutnya, ia juga demi menjaga daripada sebarang tindakan yang boleh menjejaskan reputasi mana-mana pihak.

Sebelum ini, Fara Salleh mendakwa Shuk dan keluarga enggan memberi kerjasama kepada pihak mahkamah untuk menyelesaikan beberapa perkara.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Elaine Nada pada 26 Jun lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top