Shukri Ramli letak jawatan MB Perlis

Shukri Ramli letak jawatan MB Perlis


PETALING JAYA: Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli mengumumkan peletakan jawatannya atas faktor kesihatan.

Perkara itu dimaklumkan dalam sidang media sebentar tadi.

“Pertamanya nak maklumkan bahawa saya diperkenan mengadap Ke Bawah Duli Tuanku tengah hari tadi dan telah menyatakan hasrat saya meletak jawatan sebagai menteri besar atas faktor kesihatan saya, seperti mana yang kita tahu tak berapa mengizinkan.

“Saya telah menyembah surat peletakan jawatan, jadi sehubungan itu saya nak merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga pentadbiran kerajaan Perlis telah memberi kerjasama yang cukup erat kepada saya dan sahabat dalam pentadbiran,” katanya.-UTUSAN

Berita lanjut menyusul kemudian





Source link

OR

Scroll to Top