'Siapa kata esok hari terakhir saya bersama Harimau Malaya'

'Siapa kata esok hari terakhir saya bersama Harimau Malaya'


firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpurz: “Ia agak mengejutkan saya, tetapi itulah bola sepak dan perkara seperti itu boleh berlaku”.

Itu kata pengendali skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengakui terkejut dengan khabar angin yang mengaitkan masa depannya bersama Harimau Malaya bakal berakhir sebaik aksi menentang Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berakhir malam esok.

Pada sidang media menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 itu, Cklamovski tegaskan beliau tidak terlalu memikirkan soal itu yang disifatkan sebagai perkara tidak benar.

Malah ujarnya, fokus dan tumpuannya masih bersama skuad negara yang kini dalam misi memburu tiket ke Piala Asia yang akan beraksi di Arab Saudi pada 2027 nanti.

“Apa yang paling penting bagi saya sekarang adalah mengenai hari ini (persiapan pasukan), kemudian memastikan kami melakukan yang betul esok dan mendapatkan tiga mata.

“Menamatkan tahun ini di kedudukan teratas dan terus memberikan keyakinan kepada negara mengenai pasukan yang sedang kami bentuk. Itu sahaja yang saya fikirkan ketika ini,” katanya.

Terdahulu, muncul khabar angin di media sosial yang mendakwa aksi menentang Nepal akan menjadi perlawanan terakhir Cklamovski bersama Harimau Malaya.

Spekulasi itu mencetuskan satu lagi suasana kurang enak di luar padang selepas sebelum ini Harimau Malaya terpalit dengan isu dokumentasi tujuh pemain warisan skuad kebangsaan.

Sebelum ini, Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menganggap khabar angin yang tersebar itu sebagai spekulasi liar.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top