“Siapa Kita Nak Kata Halal Haram? Konsert Tu Untuk Amal Kebajikan” – Fasha Sandha 

“Siapa Kita Nak Kata Halal Haram? Konsert Tu Untuk Amal Kebajikan” – Fasha Sandha 

“Siapa Kita Nak Kata Halal Haram? Konsert Tu Untuk Amal Kebajikan” – Fasha Sandha 


Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa kurang senang susulan teguran secara terbuka personaliti media sosial, Tareqfit.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fasha membidas tindakan Tareq itu yang membangkitkan isu hukum hakam secara terbuka termasuk teguran terhadap pelakon Que Haidar sebelum ini.

BACA: Fasha Sandha Masih Kawan Fazura, Peminat Terlebih Emosi

Menurut Fasha, disebabkan video dimuat naik oleh Que Haidar itu asbab untuk aktor tersebut bangkit semula selepas lama berehat dari industri seni.

Sementara itu, Fasha turut menyentuh mengenai kenyataan Tareq yang mendakwa penganjuran konsert dianggap sebagai tempat bermaksiat, sedangkan ianya ada unsur kebajikan.

“Hari ini keluar di explore dia cakap bab idola saya, pasal halal haram, pasal pergi tempat bermaksiat. Konsert tu juga adalah konsert untuk amal kebajikan. Konsert juga dihadiri ramai selebriti, vips, ahli-ahli agama dan ramai kerabat dan YM permaisuri,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fasha turut menitipkan nasihat jika mahu memberikan teguran boleh saja menerusi mesej dan dilakukan secara berhemah daripada memalukan selebriti dengan memberi teguran secara terbuka.

“Saya memang tak hebat bab agama, saya kerdil dan banyak kelemahan, tapi dalam Islam boleh ke buat teguran secara terbuka begini? Bukankah ini meng’aib’ kan?

“Asal artis saja, selalu kena terima teguran secara terbuka begini. Ustaz-ustaz ini sempurna sangatkah? Kalau betul-betul ingin menegur, boleh hantar pesanan peribadi (DM). Maaf, jujur saya katakan.

“Maaf ustaz, saya harap selepas ini kalau hendak menegur selebriti, boleh melalui DM sahaja daripada cuba memalukan kami.

“Ya, kami tidak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi hanya Allah yang boleh menghakimi, bukannya ustaz,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top