Siapa lelaki itu Nora Danish?

Siapa lelaki itu Nora Danish?


Kuala Lumpur: Ungkapan ‘A new chapter’ atau ‘bab baharu’ yang dikongsi Nora Danish di Instagram (IG), semalam, pantas menarik perhatian netizen.

Apatah lagi, foto menampakkan sebahagian wajah lelaki berkopiah dan berkaca mata yang menjadi antara gambar dikongsi, menambah keterujaan peminat terhadap apa sebenarnya mesej yang cuba disampaikan aktres jelita itu.

Pada hantaran itu, Nora memuat naik beberapa foto di mana salah satunya adalah tangkap layar lagu penyanyi Indonesia, Sal Priadi yang berjudul Kita Usahakan Rumah Itu.

Semakan juga mendapati, bukan sahaja peminat, malah rakan artis antaranya Elfira Loy tidak ketinggalan meninggalkan komen.

“All love! Ini kalau jadi Kak Nora, El jadi flower girl tau. Gembira untuk kamu,” tulis Elfira.

Rata-rata peminat tidak sabar menanti kemungkinan Nora akan membuat kenyataan atau berkongsi khabar gembira, susulan daripada hantaran itu.

Sebelum ini, pelakon drama bersiri popular, Puteri ini pernah berkongsi foto lelaki yang dikatakan memiliki paras sama di Instagram Story (IGs).

Ketika itu, dipaparkan Nora dan jejaka terbabit membuat panggilan video, sebelum dia berlalu, dipercayai berangkat menunaikan umrah.

Nora dan bekas suami, Nedim Mohamad Nazri, 42, bercerai pada Jun 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, 7.

Terdahulu, Nora berkahwin dengan Rizal Ashram atau Jejai pada 2006 dan bercerai pada 2008. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata Putra Rayqal, 16.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top