Sejak isu dan kontroversi jijik mengenai taikun dunia muzik dan hiburan Hollywood, Sean Combs mula dibongkar, masyarakat dunia nampaknya semakin membuka mata mengenai apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tirai glamor gelanggang glamor di Barat.
Satu demi satu cerita gelap industri hiburan di Barat telah didedahkan kepada orang ramai dengan rata-ratanya jalan cerita kembali kepada sosok yang satu ini, iaitu Combs yang turut dilkenali dengan nama komersialnya, P Diddy.
Paling mengejutkan, hampir separuh daripada selebriti-selebriti glamor di Barat dikatakan terkait sama dengan Diddy menyebabkan ada antara mereka sedang dibelenggu dengan ketakutan sekiranya nama mereka dipetik dan mula disiasat sama.
Ia terutama berhubung kes pemerdagangan seks dan pemerasan termasuk beberapa isu berkaitan jenayah lain. Bagai syaitan bertopengkan manusia, pelbagai kes dan pendedahan baharu mengenai dirinya dikongsikan warganet di media sosial demi keadilan mangsa-mangsanya.
Namun, siapa sebenarnya lelaki di sebalik nama Diddy ini? Berikut ialah beberapa fakta yang dikumpul untuk tatapan pembaca.
Hidup tanpa bapa
Semasa Diddy masih bayi, bapanya mati terbunuh dalam satu kes urus niaga dadah yang gagal menyebabkan penyanyi ini hidup dan membesar cuma bersama ibunya, Janice Combs dan kakaknya, Keisha. Selama tumbuh dewasa, Diddy percaya bahawa bapanya mati akibat kemalangan kereta dan perkara sebenar hanya diketahuinya di kemudian hari apabila punca kematian didedahkan ibunya.
Dituduh Terlibat Dalam Pembunuhan Tupac dan Notorious B.I.G.
Bekas pegawai LAPD, Greg Kading, mendakwa Diddy membayar ahli geng Crips sebanyak sejuta dolar untuk membunuh Tupac pada 1996. Menurutnya, pembunuhan Tupac dan Biggie berpunca dari Diddy.
Tak habis sekolah namun ada ijazah
Diddy sewaktu zaman remaja, tidak pernah menamatkan pengajiannya. Namun apa yang pelik, dia menerima ijazah kehormat daripada Howard University di Amerika Syarikat (AS). Bagaimanapun, sejak beberapa kes melibatkan dirinya, universiti itu menarik semula gelaran tersebut.
Sering tukar nama
Diddy pernah dikenali sebagai Puffy (nama panggilan dari kecil), kemudian Puffy Daddy, P. Diddy, Sean John, dan Brother Love. Bagaimanapun hanya nama P. Diddy yang kekal digunakan sehingga sekarang.
Saman dari bekas Cef Peribadi
Diddy pernah didakwa oleh seorang bekas cef peribadinya kerana dipaksa bekerja dalam situasi yang tak senonoh seperti menghidangkan makanan sewaktu sedang bersenggama termasuk berdepan dengan Diddy tanpa pakaian. Apabila aduan ini dibuat, Diddy kemudiannya bertindak memecat cef tersebut dan kes itu juga sepi tanpa khabar.
Ditahan libat kes tembakan di kelab malam
Sekitar 1999, Diddy dan bekas kekasihnya, penyanyi Jennifer Lopez terlibat dalam satu insiden tembakan di kelab malam, menyebabkan tiga orang cedera. Diddy cuba melarikan diri dan ditangkap, tetapi akhirnya Shyne yang dihukum penjara selama sembilan tahun.
White Party
Diddy dikenali sebagai selebriti yang sering mengajurkan parti liar di kediamannya di Hamptons, New York. Salah satu parti yang terkenal ialah White Party, sebuah acara tahunan di mana semua tetamu diwajibkan mengenakan pakaian serba putih. Parti ini dihadiri oleh orang-orang terkenal seperti Jay-Z, Beyoncé, Leonardo DiCaprio, ahli politik termasuk golongan sosialit antarabangsa.
Cassie Ventura
Salah satu kes yang berjaya membuka banyak lembaran kes lain berhubung Diddy ialah menerusi laporan daripada bekas kekasihnya, Cassie Ventura. Pada November 2023, Cassie membuat aduan dan tuntutan terhadap Diddy. Dia menuduh Diddy melakukan serangan fizikal termasuk keganasan seksual selama bertahun-tahun dalam hubungan mereka.