“Siapa Yang Pernah Mandikan Jenazah, Akan Takut Dengan Kehidupan Di Dunia”

“Siapa Yang Pernah Mandikan Jenazah, Akan Takut Dengan Kehidupan Di Dunia”


Pelakon Elfira Loy menitipkan nasihat kepada orang ramai untuk mempelajari ilmu atau cara memandikan jenazah.

Menerusi perkongsian di podcast Sembang Seram, Elfira yang tidak dapat menahan sebak berkata apabila berpeluang mempelajari fardu kifayah tersebut, mereka akan rasa takut dengan kehidupan di dunia ini.

BACA: “Hubungan Dengan Suami Jadi Tak Best” – Elfira Loy Pernah Kena Penyakit Ain

@sembangseram

Adalah kita semua tahu guys? Sebak pulak rasa hati ni hmm #ElfiraLoy #Sembangseram #Ceritaseram #Kisahseram #Kisahhantu #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast #Seram

? original sound – sembangseram – sembangseram

“Saya nak semua orang buat benda ni, belajar cara mandikan jenazah. Saya pernah belajar sekali dan pernah jadi model jenazah, Subhanallah. Siapa yang pernah mandikan jenazah, akan takut dengan kehidupan di dunia ini.

“Baru saya tahu kenapa pemandi jenazah ini pahala mereka sebesar gunung Uhud sebab sangat susah, kita akan tahu kita nak mati dalam keadaan macam mana.

“Bila kita mati nanti orang yang akan bersih dan mandikan kita, macam mana bersihnya kita itulah yang menandakan amal kita ini macam mana,” katanya.

Sementara itu, Elfira turut memberikan pesanan untuk mempelajari cara mandikan jenazah apatah lagi sebagai anak kita yang akan memandikan ibu bapa apabila mereka sudah tiada kelak.

“Belajarlah sebab kalau kita ada mak dan ayah sudah tentu kita yang perlu mandikan,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top