July 23, 2024

Siasatan kes serangan simbah asid Faisal masih diteruskan

Siasatan kes serangan simbah asid Faisal masih diteruskan


JOHOR BAHRU – Siasatan dan risikan membabitkan kes serangan simbah asid terhadap pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim masih diteruskan sehingga kini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya tidak pernah menamatkan siasatan walaupun tiada perkembangan terbaharu.

“Belum ada perkembangan terbaharu tetapi saya hendak tekankan di sini tiada perkembangan bukan bermaksud kita berhenti menyiasat kes ini.

“Dengan segala komitmen yang dilakukan pegawai saya, kita tidak pernah berhenti mencuba. Perkembangan mungkin tidak seperti mana yang kita harapkan, buat masa ini kita bergantung kepada risikan.

“Bila kita merisik kita berhubung dengan dark side of society orang yang melakukan perkara sedemikian, kalau kita beri perkembangan bermaksud memberikan mereka ‘cahaya terang’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Pasukan Polis Singapura (SPF) di Bangunan Sultan Iskandar di sini hari ini.

Pada bulan lalu, Peguam Selangor FC, Haijan Omar dilaporkan mendedahkan anak guamnya, Faisal yang juga tonggak Harimau Malaya tidak dimaklumkan perkembangan siasatan kes simbah asid yang berlaku pada 5 Mei lalu.

Namun begitu, pihaknya yakin polis sedang melakukan siasatan secara profesional dalam usaha mengheret pelaku ke muka pengadilan.

Pada 5 Mei lalu, Pemain Selangor FC dan Harimau Malaya itu disimbah asid oleh individu tidak dikenali dan mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top