Sikap Aaron-Khai Xing imbau zaman remaja Chong Wei

Sikap Aaron-Khai Xing imbau zaman remaja Chong Wei


Aaron-Khai Xing membanggakan Malaysia selepas berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Nanchang, China. Foto BAM

BEKAS pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei memuji beregu lelaki Aaron Tai-Kang Khai Xing yang membanggakan Malaysia selepas berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia (WJC) 2024 di Nanchang, China semalam.

Chong Wei, 41, yang berkongsi kekaguman itu menerusi Facebook rasminya pada Isnin berkata, kehebatan pasangan sensasi itu mengimbau kenangan beliau pada usia mudanya.

“Dedikasi dan sikap tidak pernah berputus asa anda telah membuahkan hasil, dan masa depan badminton Malaysia kelihatan lebih cerah berbanding sebelum ini dengan bakat seperti anda berdua!

“Ingatlah, ini hanyalah permulaan. Teruskan usaha anda, terus mengejar kecemerlangan, dan jangan pernah berhenti mempercayai diri sendiri. Dunia sedang memerhati dan percayalah anda mempunyai apa yang diperlukan untuk menaklukinya,” katanya.

Semalam, Malaysia akhirnya meraih semula tempatnya di puncak dalam kategori beregu remaja lelaki selepas 13 tahun, di WJC 2024 hasil kemenangan sensasi Aaron-Khai Xing.

Beregu pilihan utama kejohanan itu dinobatkan sebagai juara baharu selepas mengharungi pertarungan set penentuan mendebarkan yang berlangsung selama 65 minit, menentang pasangan tuan rumah dan pilihan kedua Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang.

Kali terakhir beregu remaja Malaysia memenangi kejuaraan itu adalah menerusi Nelson Heng-Teo Ee Yi pada edisi 2011. – Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top