Namanya pernah berada di kemuncak industri seni suara tanah air, apabila single berjudul ‘Cinta Muka Buku’ meledak hingga menjadi siulan ramai satu ketika dahulu. Malah, mungkin ada dikalangan pembaca HIJABISTA hari ini yang masih lagi memuja figura yang juga komposer lagu yang satu ini.
Namun, tuah ayam nampak di taji, tuah manusia siapa yang tahu apabila seawal usia 29 tahun gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini akhirnya melebarkan sayap dan terbang begitu tinggi dalam dunia Pendidikan.
Dulu Penyanyi, Kini Najwa Latif Pensyarah Universiti!
Memetik laporan akhbar tempatan, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif kini merupakan salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah Universiti tempatan terkemuka di Dengkil.
Bagaimanapun, Najwa memaklumkan bahawa sepanjang menjadi tenaga pengajar di peringkat Universiti, belum ada pelajar yang pernah bertanya tentang sisi peribadinya sebagai seorang artis yang membawa jenama Najwa Latif.
Tambahnya lagi, dia enggan mencampuradukkan kerjaya sebagai seorang anak seni dan pendidik, justeru Najwa memilih untuk bersikap profesional sepanjang bergelar pendidik kepada anak bangsa.
Artikel berkaitan: Najwa Latif Sopan Dalam Busana Patuh Syariah, Nyanyikan Lagu ‘Kosong’ Buat Para Peminat
“Saya tidak pasti sama ada mereka kenal saya atau tidak. Dalam kelas pun saya kenalkan diri sebagai Miss Najwa. Muka mereka nampak biasa sahaja.
“Tapi saya profesional sahaja, sebab baru masuk,” selorohnya.
Menerusi perkembangan sama, suri hati kepada komposer Akwa Ariffin itu juga mengesahkan bahawa sejak Oktober tahun lalu, dia merupakan salah seorang pensyarah bagi program Teaching of English as a Second Language (TESL) yang berkhidmat di Pusat Asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dengkil.
Najwa Latif Tak Marah, Cuma Akui Sedikit Terkejut
Ketika ditanya tentang respon yang diterima sebaik mengetahui berita dirinya kembali menjadi tenaga pengajar tular, Najwa berkata beliau tidak merasa marah, hanya sedikit terkejut.
“Saya tidak tahu bagaimana orang boleh jumpa maklumat saya kembali bergelar pensyarah. Saya terkejut sahaja, tapi tidak marah, kerana apa yang tular itu memang sudah tertera di dalam portal.
“Sekarang saya mengajar di UITM tapi masih terlalu awal untuk ceritakan pengalaman susah senang. Baru jumpa pelajar sebulan, mereka terus duduki peperiksaan dan cuti.
Untuk recap, Najwa Latif adalah graduan ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Antarabangsa Unitar dan turut memiliki sarjana dalam bidang sama dari Universiti Malaya.
Kini beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Najwa yang sebelum ini pensyarah di UNITAR telah melangsungkan perkahwinan dengan rapper dan komposer Akwa Arifin pada 11 November 2022.
Bagaimanapun, setelah dua tahun melayari bahtera rumah tangga Najwa sempat disahkan hamil sebelum mengalami keguguran cahaya mata sulung pada Disember lalu. HIJABISTA mendoakan agar suatu hari nanti rezeki menjadi seorang ibu bapa berpihak pada Najwa dan suami.
Artikel berkaitan: Demi Gelaran Doktor Falsafah, Najwa Latiff ‘Korbankan’ Kerjaya Sebagai Pensyarah Muda!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!


Kebanyakan wanita yang melahirkan anak, pastinya akan berdepan dengan masalah berat badan. Tetapi ada juga juga yang tekad mendapatkan kembali bentuk badan idaman untuk kepentingan kerjaya. Salah seorang adalah Catriona Ross yang semua maklum dia berjaya menguruskan berat bdannya dan kembali langsing lepas lahirkan anak ketiganya. Malah kejayaannya itu turut menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana. Terbaru dalam perkongsiannya di laman Instagram, Catriona yang pernah dikritik gara-gara berbadan gempal mendedahkan tip bagaimana untuk kekal langsing dan sihat.
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu diet yang seimbang, disiplin dan latihan senaman.
Dia juga turut memberitahu diet yang dilakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan minyak dan lemak tetapi melebihkan sayuran.
catrionabrianross@shafikah_anis just kurangkan lemak and minyak. Lebihkan sayur
Malah dalam posting terbarunya itu juga turut menunjukkan betapa dia gigih menjalani senaman di sebuah gym. Juga turut menerima pujian dari netizen yang kagum dengan usaha Catriona untuk kekal langsing.
lilly_haniza Patut la body cantik sis… Suka tgk
ermiriaibrahim@mrsfbi41 fuhhhh..patut body solid huh…
ziqrymunchkin Its amazing to watch ur transformation, inspired!
Inilah rahsia sebenar bagaimana Catriona berjaya mengekalkan berat badannya. Sebelum itu Catriona telah mengalami berat badan mendadak dan pernah mencapai sehingga 75 kilogram berbanding 58 kilogram sebelumnya.
Ternyata ibu kepada 3 cahaya mata ini tekad untuk kembali langsing dan hanya mengambil masa lima bulan untuk melenyapkan 17 kilogram berat badannya.
Dalam pada itu dia turut berkongsi 5 tip berguna yang dibuat sepanjang lima bulan proses menurunkan berat badannya itu.
1. Daki Gunung
“Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman yang extreme. Saya pun telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,”
2. Berenang & Bersenam
“Saya mahu lalukan proses penurunan berat badan secara natural sebab itu saya tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Jadi saya memang perlu lakukan aktiviti luar juga selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya,”
3. Eat Clean Diet
“Saya mengamalkan diet eat clean (makan bersih) sepanjang lima bulan ini. Contohnya waktu pagi saya mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja ,”
4. Makanan Kukus Tanpa Minyak
“Sepanjang diet itu juga saya tidak makan makanan yang berminyak dan semua makanan saya dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak,”
5. Beras Perang
“Saya tetap makan nasi, cuma tengahari saya makan brown rice (beras perang) bersama lauk yang saya masak tanpa minyak. Memang agak drastik tetapi kesannya juga cepat,”
KREDIT FOTO: INSTAGRAM CATRIONA ROSS
Download seeNI sekarang!


Sejak mengumumkan sudah berkahwin, pasangan ini dilihat begitu romantis sekali. Dalam mood percutian ‘honeymoon’, kedua-duanya seakan tidak boleh berenggang dan sifat manja pasangan ini begitu terserlah dalam video yang dimuat turun netizen di laman sosial. Inilah yang dikatakan nikmatnya bercinta selepah nikah. Pasangan yang selamat bergelar suami isteri 27 November lalu kini jadi perhatian dan dianggap antara yang trending. Apakah keistimewaan Fattah hingga mampu menawan hati Fazura yang dikatakan sebelum ini begitu tegar memikirkan soal kerja.
Mungkin ciri-ciri lelaki sebegini yang perlu wanita di luar sana cari untuk memilih calon suami. Maklumlah tidak mudah mencari mereka yang jujur dan betul-betul mencintai pasangan mereka seadanya.
Dalam satu temu bual, Fazura mendedahkan 4 perkara istimewa suami pilihannya ini.
1. Seorang lelaki yang berani
“Bila jumpa dengan Fattah, dia seorang lelaki paling berani pernah saya jumpa. Dia memang sangat consistent, sampai bagi bunga dekat KL Fashion Week tu something yang Wow. Saya sendiri tak sangka.”
2. Seorang lelaki yang sayangkan keluarga
Umum mengetahui, Fattah Amin sangat utamakan keluarganya dalam setiap perkara. Baru-baru ini, Fattah Amin, merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH menerima hadiah kereta Peugeot 408 dan menghadiahkan kereta tersebut kepada ibu bapanya.
3. Seorang yang setia, baik hati & beragama
“Sekarang ni bukan senang nak cari lelaki yang setia dan yang ada agama. Boleh membimbing kita. Allah telah mengejutkan saya bahawasanya selama ni jodoh saya adalah orang di dalam industri. Sebagai isteri saya bangga kerana mempunyai seorang suami yang baik seperti dia.”
4. Seorang lelaki yang penyayang
“Cara dia menyayangi saya, cara dia melindungi saya. Dia melayan saya macam seorang permaisuri. Saya sangat bahagia.”
Empat ciri inilah yang menyebabkan si dia boleh jatuh hati. Dan rasanya empat ciri ini sudah memadai jika ada di kalangan hijabi yang mahu mencari calon suami.
Apa yang penting bakal suami itu seorang yang mempunyai ilmu agama dan begitu mementingkan keluarga. Jika ada ciri-ciri ini usah berpaling untuk mencari orang lain. Insya-Allah.
ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Dedah Rahsia Nak Tawan Hati Suami
https://www.youtube.com/watch?v=mP6W-029le8
SUMBER: ROTIKAYA & YOUTUBE
Download seeNI sekarang!


Tabah dan sabarnya seorang ibu bernama Fauziah Nawi. Di saat menerima berita pemergian anak tercinta, ibu ini masih tetap ‘kuat.’ Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak ketinggalan berkongsi duka dengan dugaan seniwatu Fauziah Nawi yang kehilangan anak tercinta, Pitt Hanif dalam kejadian lemas pada Sabtu lalu.
Dr Zulkifli menyatakan rasa kekaguman beliau pada seniwati itu kerana begitu sabar dan tabah menerima ujian yang hebat. Bahkan, Fauziah juga, jelas beliau, menjadi contoh buat seluruh masyarakat agar kuat menghadapi kehilangan insan tersayang.
Berikut perkongsian penuh Dr Zulkifli
Saya membaca laporan akhbar berkenaan pemergian Mohd Firdaus Mohamad Hanif dengan penuh dukacita. Menonton pula video si ibu, Hajah Fauziah Nawi menyedarkan kita bahawa itulah kasih sebenar seorang ibu.
Apa yang berlaku, telah pun berlalu. Saya berharap dan mendoakan semoga kematian almarhum Firdaus termasuk dalam ketentuan syahid akhirat. Ini sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِيقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.”
Riwayat al-Bukhari (653)
Buat Hajah Fauziah Nawi dan keluarga, kesabaran dan ketabahan anda semua adalah contoh buat kami. Kami juga mendoakan anda sekeluarga supaya terus kuat menghadapi dugaan kehilangan insan yang tersayang. Kita yakin, banyak hikmah-Nya atas setiap musibah yang diberikan oleh-Nya.
Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada almarhum Mohd. Firdaus. Semoga rohnya dicucuri rahmat, mendapat syahid akhirat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
View this post on Instagram
A post shared by Mufti Wilayah Persekutuan (@drzulkifli.albakri) on
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan dan Fauziah Nawi
Download seeNI sekarang!