Pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah nasihat kepada orang ramai agar berhati-hati dalam berkongsi hal rumah tangga di media sosial.
Menerusi satu hantaran di platform Threads hari ini, beliau menegur kecenderungan segelintir individu yang mendedahkan masalah peribadi secara terbuka hingga menjejaskan maruah diri dan pasangan.
Fadzilah Kamsah nasihat

“Nak, simpan elok-elok masalah rumah tangga kamu.
“Aib pasangan yang tersebar sebenarnya membuka juga aib dirimu. Hati-hati ya nak,” ujarnya.
Artikel lain: Aku ni selepas 7 tahun kahwin baru dapat sijil nikah – Nurulhidayah
Fadzilah Kamsah nasihat

Ada yang hilang sabar dengan pasangan masing-masing
Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir individu mengambil peluang tersebut dengan meluahkan ujian rumah tangga mereka bahkan, ada yang hilang sabar dengan sikap pasangan.

Terima kasih atas nasihat
Dalam pada itu, nasihat tersebut mendapat perhatian warganet yang menyokong pandangan beliau agar setiap pasangan lebih matang dan berhikmah dalam menangani konflik rumah tangga, tanpa perlu dikongsikan kepada umum.


Sumber: Threads @Fadzilah Kamsah





